
Anonymous
6 tahun
Adakah terkena jarum penagih boleh dijangkti herpes?
Adakah terkena jarum penagih,kita boleh di jangkiti penyakit herpes simplex 1

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Herpes simplex virus atau HSV merupakan sejenis virus yang berjangkit melalui hubungan seks atau dari ibu ke anak semasa mengandung atau semasa proses kelahiran. Virus ini juga boleh berjangkit melalui sentuhan orang yang mempunyai kudai air HSV atau perkakas yang telah tercemar oleh virus HSV. HSV tidak berjangkit melalui pendedahan kepada darah orang yang mengalami jangkitan HSV. HSV biasanya akan berjangkit melalui kulit atau mukosa dari pendedahan kepada kudis atau ruam yang disebabkan oleh jangkitan HSV.
Walaupun anda mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap jangkitan HSV, anda sekarang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit berjangkit lain yang lebih serius seperti HIV, hepatitis B dan hepatitis C. Hal ini demikian kerana terdapat banyak penagih dadah yang telah dijangkiti oleh virus-virus tersebut dan mereka boleh berjangkit melalui darah.
Jika anda baru mengalami kecederaan dari jarum, basuh luka dengan air dan sabun dengan segera dan biar sebanyak darah mungkin menglair keluar dari luka tersebut. Selepas itu, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

6 tahun
Hai dan salam sejahtera.
Virus herpes simplex adalah virus berjangkit yang boleh merebak dari pesakit ke pesakit melalui hubungan terus antara satu sama lain. Jika anda berkongsi jarum suntikan, anda juga berkemungkinan untuk dijangkiti Virus herpes simplex namun ianya jarang berlaku. Jangkitan dengan Virus herpes simplex 1 boleh berlaku dari interaksi umum seperti:
- makan dari perkakas yang sama
- berkongsi alat kecantikan sepertii lipstik
- ciuman
Virus akan tersebar dengan lebih cepat apabila orang yang dijangkiti mengalami simptom. Mereka juga mempunyai peluang untuk menyebarkan jangkitan walaupun mereka tidak pernah mengalami sebarang simptom.