Sulit
3 tahun
Air besar berwarna hitam hingga menyebabkan demam panas
Saya ada masalah sembelit kerana jarang membuang air besar. Saya akan membuang air besar 1@2 kali sahaja dalam seminggu. Kadang2 tu, air besar langsung tak keluar dalam minggu tu. Tapi sejak beberapa bulan lepas, setiap 2 bulan saya akan mengalami situasi dimana saya membuang air besar tetapi berwarna hitam. Setiap kali keadaan itu berlaku, secara automatik saya akan demam panas keesokan harinya. Tapi kebiasaannya saya akan mengalami demam panas disebabkan perkara ini hanya 1@2 hari sahaja. Tetapi saya akan mengalami pening kepala berlarutan hingga beberapa hari. Mohon dapatkan pencerahan dr mengenai masalah saya ini. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- Pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
- Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- Radang usus
- Kanser usus
Pening kepala boleh disebabkan oleh penyakit anemia kerana pendarahan kronik. SImptom-simptom yang lain termasuk:
- Mudah letih,
- Pitam
- Muka pucat
- Sesak nafas
- Sakit dada terutamanya semasa menjalankan aktiviti fizikal.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.