Sulit
4 tahun
Air mani terlepas sedikit di dalam vagina
Saya melakukan hubungan dan ketika air mani ingin keluar saya cuba tarik keluar dan lepas kan air di luar, tetapi ketika di dalam saya terasa ada sedikit terlepas air mani. Tapi bila tanya isteri saya dia tak ada rasa air mani di dalam kemaluan nya. Adakah isteri saya akan hamil? Sbb banyak air mani di luar dan bahagian isteri saya pon banyak dan di lap. Sampai kering.
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika isteri anda boleh hamil melalui kaedah yang anda terangkan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku jika anda ejakulasi dalam faraj. Pre-cum (cecair jernih sebelum keluar air mani) juga mengandungi sperma dan boleh menyebabkan kehamilan. Kami menasihatkan anda untuk menggunakan kaedah lain untuk mencegah kehamilan seperti kondom atau pil perancang. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































