
Sulit
3 tahun
Air terperangkap dalam faraj
Salam doktor. Saya ada masalah berkenaan dengan alat sulit saya. Setelah selesai kencing, saya akan membilas dan berdehem dehem untuk memastikan air kencing keluar semuanya. selepas itu saya akan berwuduk dan solat. Namun tidak lama kemudian akan terasa air hangat keluar dari faraj saya. Dan saya yakin itu bukan kencing saya tapi baki air basuhan yang terperangkap dalam ronggan faraj saya dan terkeluar semula setelah saya melakukan pergerakkan berjalan, memakai pakaian dan etc. Bagaimana ya cara hendak menghilangkan masalah air basuhan ini. Dan saya was was adakah wuduk saya itu sah. Sudilah jika doktor boleh membantu saya. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegusaran anda terkait gejala air hangat yang dirasakan keluar dari faraj setelah kencing. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda gejala terasa air yang keluar setelah membuang air kecil boleh disebabkan oleh fenomena yang dinamakan Post-Micturition Dribbling. Ia merupakan kondisi di mana keluarnya urin yang tersisa pada saluran kencing akibat dari kontraksi otot saluran kencing yang berlaku ketika membuang air kecil. Fenomena ini lazimnya lebih banyak berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita.
Walaupun terdapat beberapa pendapat berkaitan hukum terhadap gejala yang disebutkan itu, adalah lebih baik anda merujuk ke ahli yang lebih pakar agama tentang permasalahan tersebut.
Namun begitu gejala cecair yang keluar selepas membuang air kecil juga boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius, serta memerlukan pemerhatian doktor, seperti
- gangguan saraf
- jangkitan saluran kencing
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.