Sulit
4 tahun
Aktiviti seks berrisiko tinggi
Saya pernah melakukan aktiviti seks yang berisiko tinggi dan Sudah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian dua bulan kemudiannya. Doktor mengesahkan yang saya bebas dari STD dan HIV.
Adakah ada kemungkinan yang saya akan dijangkiti selepas membuat pemeriksaan doktor jika mengambil kira saya tidak lakukan apa apa aktiviti seks dalam tempoh pemeriksaan tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini bergantung pada jenis ujian yang dijalankan. Dianggar 97% jumlah orang boleh memiliki antibodi terhadap HIV seawal 3 minggu hingga 4 bulan. Namun selebihnya akan dikenalpasti dalam tempoh lebih daripada 4 bulan. Maka, bagi menjawab soalan anda, masih terdapat kemungkinan ia menjadi positif selepas pemeriksaan doktor namun sedikit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih