Anisah

6 tahun

Apakah penyebab simptom saya ini?Adakah masalah hati atau kolesterol tinggi?

Assalamualaikum doktor… saya ada satu perkara yg ingin saya tanya. Breast saya sebelah kiri atas yg dkt dgn dada tu kerap sakit…mcm berdenyut… Dan saya perasan dlm mata putih saya ada ketulan kuning, blh doktor terangkan apa punca ya? adakah saya ada mslh berkaitan hati atau kolestrol tggi? terima kasih

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam sejahtera.

Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami gejala sakit payudara atau mastalgia. Sakit payudara boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk:
• Kedatangan haid
• Kehamilan
• Kecederaan semasa kegiatan sukan terutamanya olahraga dan sukan lain yang memerlukan penggunaan otot di bahagian dada
• Pemakaian bra yang kurang sesuai
• Radang payudara (punca paling utama bagi wanita yang sedang menyusui anak)
• Penggunaan ubatan seperti ubatan hormon
• Pengambilan kopi yang terlalu banyak
• Payudara fibrosistik
• Ketulan atau ketumbuhan di dalam payudara

Banyak wanita yang khuatir tentang rasa sakit di payudara kerana mereka risau mereka telah menghidap kanser payudara. Namun demikian, kanser payudara jarang menyebabkan kesakitan kecuali kanser tersebut telah membesar dengan mendadak dan merebak ke bahagian badan yang lain. Namun demikian, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seceapt mungkin. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan anda akan diminta untuk menjalankan ujian mamografi untuk memastikan bahawa anda tidak menghidap ketumbuhan barah di dalam payudara anda.

Ketulan kuning pada mata anda berkemungkinan besar merupakan sejenis ketumbuhan yang dikenali sebagai pinguecula. Pinguecula merupakan ketumbuhan yang terdiri dari bahan kalsium, lemak atau protein. Ia biasanya disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada pancaran matahari. Pinguecula biasanya tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan dan rawatan tidak diperlukan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)