Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Asid folid ada kaitan dengan datang period lambat?

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 24, 2020 3:29 PM

Sulit 57 hari

Lagi 3 bulan saya akan berkahwin. Saya ambik asid folid. Tapi lepas amalkan asid folid period saya lambat datang. Bulan ni tak datang period lagi. Patut ke saya stop asid folid ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 57 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, folic acid merupakan sejenis vitamin yang biasanya digunakan sebagai:

  • ubat mencegah kejadian neural tube defect pada bayi yang mana ubat ini diberikan pada orang yang mahu hamil seawal 4 minggu sebelum hamil
  • pengubatan penyakit folate deficiency megaloblastic anemia yaitu sejenis penyakit darah

Mengkonsumsi folic acid walaupun tidak hamil adalah tidak dilarang kerana selain sebagai pengubatan kondisi diatas, folic acid juga dipercayai membantu proses penghasilan sel-sel tubuh. Akan tetapi, harus dipastikan anda telah terlebih dahulu mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya anda mempunyai pernicious anemia, atau kekurangan cobalamin (sejenis vitamin).

Pengambilan folic acid juga tidak mempengaruhi hormon atau kesuburan anda. Kelewatan haid akibat folic acid biasanya tidak berlaku. Sebaliknya, bahan ini membantu wanita menghadapi kitaran haid yang tidak teratur. Akan tetapi, kitaran haid yang tidak normal, yaitu apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari, dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Kehamilan
  • Masalah ovulasi
  • Fibroid dan polip
  • Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
  • Gangguan pendarahan
  • Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
  • Keguguran
  • Kehamilan ektopik
  • Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Tue Nov 24 2020 15:29:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Mual , sakit kepala , sering buang air kecil , sakit badan Saya wanita 21tahun saya dah khwin 6bulan saya sudah lewat dtg period saya cuba test pregnant naik double line tapi kabur! Lasung pergi ke kelinik untuk scan tapi tak nampak dokto cakap tak meng… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Tiba tiba tidak mengalami haid Sebelum ini saya mengalami kitaran haid secara normal dan mengikut waktu , namun begitu saya telah lewat 5 hari untuk mengalami haid daripada tarikh yang biasa, pada 6/1 iaitu 1 hari sebelum tar… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Period tak datang berturut-turut hi doc.sya mrpkn pelajar 15 tahun dn kli terakhir saya dtng haid adalah pada tahun 2019 dn itu juga merupakan kali prtma saya dtng haid.adakah ini normal atau ada masalah di dalam badan saya doc… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Tidak datang haid berturut-turut Salam doc,saya nana berusia 27 taun dan sdh berkhwin… sya mempunyai mslh haid tdk datang berturut turut 1taun, kdg 6bulan… sdh berjmpa dngn doktor berdekatan katanya smua normal dan bisa hamil. … Baca lagi...
7 hari
Sulit
Haid tidak datang lama Saya umur 19 tahun.saya dah lama tak datang period .masa umur saya 15 tahun saya pernah jumpa doktor kerana saya tidak datang period Tapi tak lama Lepastu saya dapati Ada tanda coklat Di Pakaik… Baca lagi...
26 jam