Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Asid folid melambatkan period

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 24, 2020 3:22 PM

Sulit 53 hari

Lagi 3 bulan saya akan berkahwin. Saya ambik asid folid. Tapi lepas amalkan asid folid period saya lambat datang. Bulan ni tak datang period lagi. Patut ke saya stop asid folid ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, folic acid merupakan sejenis vitamin yang biasanya digunakan sebagai:

  • ubat mencegah kejadian neural tube defect pada bayi yang mana ubat ini diberikan pada orang yang mahu hamil seawal 4 minggu sebelum hamil
  • pengubatan penyakit folate deficiency megaloblastic anemia yaitu sejenis penyakit darah

Mengkonsumsi folic acid walaupun tidak hamil adalah tidak dilarang kerana selain sebagai pengubatan kondisi diatas, folic acid juga dipercayai membantu proses penghasilan sel-sel tubuh. Akan tetapi, harus dipastikan anda telah terlebih dahulu mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya anda mempunyai pernicious anemia, atau kekurangan cobalamin (sejenis vitamin).

Pengambilan folic acid juga tidak mempengaruhi hormon atau kesuburan anda. Kelewatan haid akibat folic acid biasanya tidak berlaku. Sebaliknya, bahan ini membantu wanita menghadapi kitaran haid yang tidak teratur. Akan tetapi, kitaran haid yang tidak normal, yaitu apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari, dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Kehamilan
  • Masalah ovulasi
  • Fibroid dan polip
  • Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
  • Gangguan pendarahan
  • Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
  • Keguguran
  • Kehamilan ektopik
  • Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Tue Nov 24 2020 15:22:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Period tak datang berturut-turut hi doc.sya mrpkn pelajar 15 tahun dn kli terakhir saya dtng haid adalah pada tahun 2019 dn itu juga merupakan kali prtma saya dtng haid.adakah ini normal atau ada masalah di dalam badan saya doc… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Tidak datang period 4-5 bulan, kerap stress dan rehat tidak cukup Hai doc,saya berumur 21 tahun,last period 24/01/20,skrng 10/01/21, suda cuba prgnt tst, dan kptsn pun ngtive, ini kli prtama sy mngalami masalah period lebih dripada 4-5 bulan. Krna kbiasaanya 1… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Muntah dan Buang air besar Saya wanita dalam 21 tahun, hari ini saya bangun dari tidur terus muntah dan buang air besar, dan ia dah berulang secara 2 kali. Muntah saya pula, keluar makanan yang saya makan semalam. Kenapa … Baca lagi...
6 hari
Sulit
Haid tidak datang pada waktunya dan lewat saya dan teman wanita saya berumur 22 tahun telah melakukan oral seks dimana dia menghisap kemaluan saya. selepas itu, bila tiba hari sepatutnya dia datang haid, tak datang dan telah melebihi 40… Baca lagi...
27 jam
Sulit
Mual , sakit kepala , sering buang air kecil , sakit badan Saya wanita 21tahun saya dah khwin 6bulan saya sudah lewat dtg period saya cuba test pregnant naik double line tapi kabur! Lasung pergi ke kelinik untuk scan tapi tak nampak dokto cakap tak meng… Baca lagi...
6 hari