Sulit
3 tahun
Ayah berumur 77 tahun dan mula muntah-muntah daripada pagi pukul 5.30am dan blood pressure tinggi. muntah cuma keluar air sahaja
seperti maklumat di atas, ayah saya berumur 77 tahun mula muntah-muntah dan tidak selera untuk makan. keadaannya berlarutan muntah, tidur selelap dan muntah lagi.
30 minit yang lalu bacaan tekanan darah tinggi ayah saya adalah 170/88 pkl 7am dan 151/83 pada pkl 8am.
ayah saya pernah mengalami minor stroke sejak 4 thn yang lepasdan juga penyakit kencing manis serta low blood pressure…
saya mohon pendapat doctor apa yang perlu di lakukan, atau bolehkah saya memangil ambulance untuk membawa dia ke hospital atau cuma perlu doktor datang ke rumah untuk memeriksa beliau?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah muntah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- keradangan usus
- masalah gastrik
- spinter bawah esofagus menjadi ketat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































