
Sulit
3 tahun
Baby bf dan puting susu luka
Salam sejahtera dr…dr bby saya direct bf…masalah saya puting susu luka dan berdarah apabila bby menyusus pada puting yg luka darah akan keluar adakah berbahaya pada bby sekiranya bby terminum susu yg bercampur dengan darah…bby langsung tk mahu mnum susu mengunakan btl atau cawan,oleh sebab itu sy terpksa bfkan bby jugak…mohon pendapat dr…terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kelukaan di bahagian payudara anda. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- teknik menyusu yang salah
- kulit puting kering
- penggunaan pam susu yang salah
Selain itu, terdapat beberapa cara yang anda boleh melakukan supaya bayi anda minum susu dari botol untuk memberi masa puting payudara anda sembuh. Antaranya:
- pemberian botol susu ketika bayi mengantuk
- penukaran puting botol susu
- pemberian botol susu ketika mandi
- penggunaan posisi lain
Jikalau masalah ini masih berlarutan, anda seharusnya berjumpa dengan doktor dengan segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.