Sulit
3 tahun
Badan naik biji biji air dan gatal
hai . saya wanita berumur 27 tahun . saya baru sahaja dua minggu consume shaklee product tapi selepas saya ambik product shaklee , kulit badan saya naik biji biji air dan gatal . mostly dekat area kaki dan tangan . adakah itu normal healing process atau product tersebut memang tak sesuai untuk badan saya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Umumnya, kondisi anda boleh disebabkan oleh
- Tanda-tanda awal ruam atau panau
- Alahan produk kesihatan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis Seborrhoeic
- Psoriasis
- Dan lain-lain
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Maka, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan kondisi kulit yang anda alami dan justeru pelan kesihatan & suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.