
Sulit
4 tahun
Badan panas dan tiroid
Sy wnita 22 thun yg kini mmpunyai pnyakit tiroid iaitu hipertiroid.saat ini sy merasa badan saya sentiasa panas wlupun dah makan ubat tiroid.saya juga mempunyai bnjolan kecil2 dsekitar leher dan kulit kepala.apa yg prlu sy buat doc?sy rsau dengn keadaan diri saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda bengkak leher boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tiroid berlebihan
- Pembengkakan kelenjar
- Ketumbuhan lemak
- Inflamasi atau jangkitan di leher
- Mahupun gangguan ketumbuhan jinak/ganas
Untuk pengetahuan anda, masalah demam ataupun badan panas adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.