Sulit
3 tahun
Bagaimana cara pengambilan pil perancang coc jika haid tidak datang datang. Mohon pencerahannya
Saya wanita dlm 20an… Saya bersalin caeseran emergency 3 bulan yg lepas. Dan saya ingin mngambil pil perancang untuk penjarakan hamil saya selama 3 tahun. Tetapi masalahnya sekarang, haid saya tidak datang datang dan bagaimana saya nak start kan pengambilan pil perancang jenis coc jika haid tidak datang datang… Pil perancang jenis coc kan mesti di ambil pada 1st period kita… Mohon pencerahannya doktor
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagi pengambilan pil perancang COC jika anda tidak haid, anda perlu berjumpa dengan doktor kerana maklumat lanjut masih diperlukan.
Untuk info lanjut dan diagnosis pasti, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.