Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk berkahak, tetapi rasa seperti darah

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 11, 2020 1:08 AM

Sulit 2 bulan

saya perempuan berusia 22 tahun, saya dapat batuk ini selepas saya demam, kemudian saya makan ubat batuk. malangnya kahak susah untuk dikurangkan. selepas itu, batuk saya makin pulih. tapi, saya mula sedar bila waktu sejuk, saya mula batuk berkahak dan rasa seperti darah/sesuatu yang tidak selesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin

  • Kurang minum air

  • Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol

  • Merokok

  • Pengambilan ubat tertentu

  • Terdedah kepada habuk atau allergen

  • Jangkitan kuman

  • Radang tekak

  • Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak

  • Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”

Berikut merupakan antara cara untuk menghilangkan kahak.

  • Melembapkan udara di sekitar dengan “humidifier” atau pelembap udara

  • Kekalkan tahap hidrasi Minum air secukupnya, terutamanya air suam

  • Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan seperti limau, halia, dan bawang putih

  • Berkumur dengan air garam

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan mengetahui punca sebebnar masalah anda, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 11 2020 01:08:14 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Batuk dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Batuk berkahak dan gatal tekak Saya perempuan berumur 27 tahun. Mengalami batuk berkahak more than 2 week. Currently getting better but still batuk berkahak. So should i go to clinic as per recommended by my company? Baca lagi...
2 bulan
khaire_tupai
Batuk selepas makan atau minum benda yang manis anak saya semass PKP sering batuk selepas makan atau minum bnda yang manis… dan penah di masuk kan ke wad… selepas keluar doctors memberi tahu yg anak saya trkena jangkitan kuman di paru2. … Baca lagi...
58 hari
Sulit
Batuk tidak berhenti dan adakah petanda sakit tertentu Saya perempuan 22 tahun. Saya kerap batuk dlm setahun 2 kali. Sekali kena 2 bulan baru elok. Kalini saya kene time pkp 2, 1 April sampai sekarang x elok2. Sejak makan fisherman n strepsils sejak… Baca lagi...
34 hari
Sulit
Anak batuk & sedikit semput Anak saya berumur 13 tahun, dia sedang mengalami batuk & mild asthma dari hari isnin (masuk hari ke 3). Saya telah berikan dia ubat batuk syrup (tapi skrg da habis) dan dia juga mengambil ventol… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Batuk berdarah dan sukar untuk bernafas Hai saya batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Pada masa yang sama saya jugak selesema, dan bersin tidak berhenti. What should i di Baca lagi...
58 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi