nur_falahi
5 tahun
Batuk.berpanjangan tapi tidak demam
Sy batuk dah 14 hari.pada awalnya sy batuk biasa je lama kelamaan batuk sy jd kuat pada satu keadaan tp sy tak demam. Sy pergi ke klinik kesihatan utk check up. Doktok diagnos symtom sy
- Demam -sy xdemam
- Batuk- berkahak warna kuning
- Ada kontak rapat dgn pesakit atau saspek- xde
- Ada pergi ke luar negara sblm.ni-xde
- Ada sesak nafas-xde
- Tekak sakit-ada tapi still mkn minum ok
Later doc suh amik darah n result darah sy clear dr virus.doktor bg ubat batuk n antibiotik.
Adakah covid 19 pada awalnya blh didiagnos melalui sample darah?
Sb doc yg rawat sy tak terangkan
Perlukah sy pergi ke hospital utk buat saringan?sb kebimbangan sy mwnjadi apabila di rumah ada anak2
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































