Sulit
3 tahun
Batuk berterusan dan ujian darah
Hi Dr, saya telah melakukan hubungan intim sebelum ni dan selepas seminggu daripada itu saya telah dijangkiti kuman Gonorrhea dan telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, saya juga telah membuat ujian darah hiv,std semua negatif dan sekarang ni saya mengalami batuk berterusan hampir sebulan, saya telah pergi Ke klinik juga utk mendapatkan rawatan adakah hanya sekadar batuk biasa ataupun saya terlalu awal membuat ujian hiv?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Chronic bronchitis (jika anda perokok tegar)
- Refluks asid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan tentang punca anda batuk berpanjangan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Ujian HIV boleh mengesan virus HIV 18-45 hari setelah pendedahan jika menggunakan sampel darah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.