noriskandar
3 tahun
Batuk, demam dan flu lebih dari satu minggu dan belum mendapatkan rawatan doktor
Saya berumur 59 tahun. Menghidapi batuk, demam dan flu sejak lebih seminggu dahulu. Self medication iaitu makan panadol sahaja. Belum mendapat rawatan doktor.
Salah seorang kenalan di masjid telah di panggil untuk ujian Covid 19 kerana isterinya positif ( berkait kes 26. Mohon nasihat akan langkah selanjutnya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Bagi masalah yang anda hadapi, jika anda mengalami sebarang gejala, anda disarankan untuk:
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Baca lebih lanjut tentang Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Namun, masalah demam, batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
- demam denggi
- jangkitan paru-paru
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.