aimanakmal0751
3 tahun
Batuk kahak dan sesak nafas
saya berumur 19 mengalami batuk kahak dan sesak nafas,sebelum ni saya ada asma sejak darjah lima
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Batuk berterusan & sesak dada ? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala batuk yang anda alami antaranya adalah:
- Jangkitan kuman di tekak (i.e. farangitis)
- Refluks asid perut,
- Kesan pengambilan ubat-ubatan
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan sesak nafas
- Gangguan cemas
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan paru-paru (i.e. Pneumonia)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.