Sulit
3 tahun
Batuk kering se lama satu bulan sudah setakat hari ni. Pernah demam ada sakit tekak . Makan ubat batuk beli kat kedai je batuk kurang tapi masih ada . Malam batuk sekali dua sahaja
Batuk kering selama sebulan setakat hari ini teetapi bayuk biasa sahaj
Makan ubat batuk beli di kedai tiada contact dgn mana pesakut covid
Bagaimana cara yang boleh hilangkan batuk. Benarkah batuk melebihi sebulan itu normal
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada jangkitan COVID-19, masalah batuk juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.