Sulit
3 tahun
Batuk lebih daripada seminggu
Sy mengalami batuk dah seminggu. Sy telah berjumpa doctor 2x dan di beri ubat batuk , antibiotik dan ubat selsema. Menurut dr tekak sy cuma ada sedikit merah. Sy tiada demam, sakit badan dan tidak mempunyai kontek covid. Walaubagaimanapon sy telah mula bekerja seawal minggu pertama bulan may 2020. Sy menaiki public transport and mengamalkan penjarakan sosial juga memakai mask. Sy sgt risau. Minta pendapat dr.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Penyakit Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.