
Sulit
5 tahun
Benarkah hamil atau tidak?
saya berumur 26tahun … 3 hari lepas sebelum waktu period saya ada check UPT ada double line tapi untuk UPT T line kabur … 2 hari berturut2 saya buat … ada kah saya positive pregnant ?? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab puan boleh hamil namun UPT negatif
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy
Namun untuk pengesahan sama ada anda hamil atau tidak, pemeriksaan Ultrasound perlu dilakukan. Seandainya mahukan kepastian sebelum scan, sebaiknya anda mengulang kembali ujian air kencing tersebut. Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Diingatkan juga bahawa kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif selepas tempoh haid yang terlepas masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif. Rujuk artikel ini UPT negative tetapi hamil.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih