ilyaniza.87
4 tahun
Bengkak di leher dan berat badan turun
saya awal 30an.terdapat bengkak dileher saya dah hampir 1 bulan.saya ada pergi klinik untuk pemeriksaan sy diberi ubat tahan sakit sahaja.bengkak masih sama dan keras .saya juga baru keluar dari hospital 2 bulan yg lepas disebabkan denggi.diwaktu malam sy berpeluh dan susah untuk bernafas dan tiada selera untuk makan .dalam masa 2minggu berat badan sy turun 3 kilo.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon Tiroid Berlebihan
- Ketumbuhan Lemak
- Bengkak Kalenjar Limpa
- Kanser Tiroid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.