rasta9840
4 tahun
Bengkak kelenjar di leher dan lenguh dleher
Hi doc, sy mempunyai kerungsingan dimana di leher saya terdapat 3 biji ketulan keras sebesar kacang merah… Tidak menyakitkan dan dah lama cuma saiz begitu aja…semalam saya ada ke klinik… Dan doc merawat saya kata bengkak kelenjar tp jangan risau sebab katanye mungkin sebab jerawat pada badan sy atau udara… Sy juga mengalami jerawat pada badan yg tertutup… Seperti belakang badan… Leher saya jugak sering lenguh… Badan saya makin gemuk… Berat badan sy sentiasa naik… Saya risau jika bengkak itu membahayakan walaupun saiz ia sama…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- Kelenjar lymph node yang membengkak
- Ketulan lemak (Lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Folliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.