ummumunirah
3 tahun
Bengkak pada bahagian telinga
Anak saya berusia 12 tahun dan mengalami masalah sakit telinga dan demam panas… Saya telah merujuk beliau kepada doktor di klinik swasta dan telah di beri ubat tahan sakit. antibiotik dan juga ubat titis… Masalah nya anak saya sering mngadu sakit di bahagian telinga yg bengkak walaupun telah diberikan ubat tahan sakit… Pada pandangan doktor apa yang perlu saya lakukan untuk meredakan kesakitan tersebut ? perlu atau tiidak saya membawa anak saya ke hospital untuk raeatan selanjutnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak dan sakit telingaboleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mastoiditis
- limfadenitis
Memandangkan ubatan telah diberi namun anak masih sakit, sebaiknya anda mendapatkan perawatan lanjut untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.