Sulit
3 tahun
Bengkak pada leher bahagian kiri dan telinga
saya lelaki berusia 21 tahun mengalami bengkak pada bawah telinga sebelah kiri seperti ada bonjolan dan di tepi bahagian telinga.saya pergi klinik dan doktor mengesahkan tonsil saya bengkak.tapi selepas makan ubat antibiotik saya mendapati bahawa bengkak melarat hingga ke muka bahagian kiri.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang bengkak pada leher bahagian kiri. Untuk makluman anda, terdapat banyak penyebab bengkak pada leher, antaranya ialah:
- radang tekak
- kelenjar tiroid
- kanser
- kelenjar air liur
- radang tonsil
- kerengsaan dan alergi
- abses
- kista
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia
Mengenai ubat bengkak yang anda alami semakin melarat, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Ubat-ubatan alternatif yang lebih sesuai untuk anda mungkin dapat diberikan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Oleh itu, adalah sebaiknya anda merujuk langsung perkara ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.