Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Benjolan di faraj ketika terangsang

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 17, 2021 11:50 AM

Sulit 44 hari

Saya wanita 20an , saya perasan jika saya terangsang muncul benjolan dibibir faraj saya.boleh saya tahu kenapa masalah ini muncul?

Dr Sashini Seeni 44 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.

Kami faham bahawa anda mengalami masalah benjolan di faraj ketika terangsang. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah benjolan di faraj lazimnya dikaitkan dengan beberapa penjelasan seperti:

  • Benjolan lemak
  • Gumpalan tisu fiber

Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:

  • Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin ( Bartholin’s Cysts ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada kelenjar tersebut.
  • Jangkitan herpes, sejenis jangkitan STI ( Sexual transmitted infections )
  • Jangkitan HPV ( Human papilomavirus ) iaitu sejenis ketuat kelamin. Ia juga merupakan salah satu jangkitan STI dan boleh datang dan pergi.
  • Fordyce Spots , iaitu sejenis ketumbuhan jerawat yang disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat
  • Kanser vulva seperti Melanoma , Squamous cell carcinoma dan Basal cell carcinoma .
  • Jangkitan kulat

Jika masalah ini ditambah dengan gejala kesakitan, sila segera berjumpa dengan doktor.

Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Thu Jun 17 2021 11:50:07 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19