
Sulit
3 tahun
Benjolan di kepala bahagian belakang sebaris telinga sebesar guli dan bahagian atas sedikit seperti jerawat
Saya wanita berusia 28tahun , sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak … selama 2 hari kepala saya terdapat benjolan seperti jerawat dan mengakibatkan sakit di bahagian tersebut serta terdapat juga benjolan sebesar guli dan apabila di sentuh merasa sakit sedikit … kawasan benjolan ini adalah di bahagian belakang kepala sebaris dengan telinga … benjolan yg seperti jerawat tersebut menyebabkan saya sukar untuk berbaring terlentang kerana sakit di kawasan tersebut manakala benjolan yang sebesar guli itu hanya sakit apabila disentuh dan baru diketahui malam ini sewaktu saya cuba menyentuh kepala sebelum tidur . Adakah berbahaya ? Tidak pernah mengalami sebarang kecederaan yang mengakibatkan benjolan … hanya dengan tiba-tiba benjolan ini muncul … apakah faktor dan apakah yang perlu saya lakukan …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
Pembengkakan Kelenjar Getah Bening
Kelenjar getah bening yang bengkak dapat menyebabkan benjolan kecil di belakang telinga, biasanya seukuran biji jagung atau sebesar kelereng, jika diraba akan terasa lunak atau kenyal, bisa sakit atau tidakMastoiditis
Mastoiditis adalah infeksi pada tulang mastoid yang berada di belakang telinga. Infeksi telinga tengah dapat menyebar ke tulang mastoid dan menyebabkan kerusakan struktural dan peradangan. Kondisi ini dapat menyebabkan kemerahan, sakit telinga, pembengkakan dan pembentukan benjolan di belakang telinga. Gejala tambahan termasuk demam, sakit kepala, lekas marah dan penurunan pendengaran.Kista
Kista disebabkan oleh kelenjar sebaceous (penghasil minyak kulit) tersumbat dan disertai dengan penumpukan sebum (zat lemak), yang juga disebut kista sebaceous. Ada juga jenis kita lain; kista epidermis terbuat dari akumulasi keratin, yang dapat menyebabkan pertumbuhan benjolan di belakang telinga dan bagian tubuh lainnya. Kista ini bisa menjadi terinfeksi dan bernanah.Abses
Abses adalah kantung abnormal dalam tubuh yang berisi nanah. Menimbulkan benjolan di belakang telinga apabila abses terbentuk di bawah ulit sebagai akibat dari proses infeksi. Perbedaan utama antara abses dan kista adalah bahwa abses penuh dengan nanah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.