
Sulit
4 tahun
Berak berdarah,berat badan turun secara mendadak,rambut gugur,berasa letih dan selalu berjaga pada waktu malam
Selamat sejatera doc…saya seorang pelajar perempuan yg berumur 14 tahun…sejak semalam lagi saya mengalami berak berdarah…sebelum kejadian itu saya berat badan saya turun mendadak dari 60 kg ke 45kg selain itu rambut saya selalu gugur ,selalu berasa letih dan setiap hari saya selalu berjaga masa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penurunan berat badan yang drastik didefinisikan sebagai kehilangan 5% berat badan dalam masa 6 hingga 12 bulan.
Namun begitu antara punca masalah berat badan susut dengan mendadak ialah:
1.Penghasilan tiroid berlebihan
2. Masalah penyerapan khasiat dari sistem gastrousus seperti keradangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.