Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berasa sangat lapar dan tidak bertenaga

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Februari 15, 2021 12:17 PM

Sulit 11 bulan

Saya lelaki berumur 25 tahun. Kadang kala saya berasa sangat lapar dan badan menjadi tidak bertenaga untuk melakukan kerja. Setiap kali perkara ini berlaku saya akan makan dan minum secepat mungkin sebab selepas makan dan minum barulah badan saya akan kembali berasa normal semula. Apakah masalah saya ini Doktor?

Dr Sashini Seeni 11 bulan
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan anda

Untuk pengetahuan anda, tubuh badan manusia sentiasa memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti atau pekerjaan. Tenaga ini akan diproses melalui makanan yang diambil setiap hari. Makanan yang berkhasiat sangat penting bagi proses pencernaan dan tenaga yang optimum. Justeru kami nasihatkan anda untuk makan tepat pada waktunya, pengamalan makan diakhir waktu adalah sangat tidak sihat.

Penjagaan sistem penghadaman penting untuk kesihatan anda.

Sekiranya simptom anda berterusan, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di Klinik atau Hospital berdekatan bagi mendapat diagnosis yang lebih tepat. Anda juga boleh berhubung dengan Pakar kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara peribadi. Terima kasih.

Dapatkan nasihat Pakar Gastroenterologi tentang penyakit gastrik anda !

Dikemaskini pada: Mon Feb 15 2021 12:17:50 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang gastrik secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19