
Nonyybee97
5 tahun
Berat badan terlalu susut
Haii… Saya nony… 22 tahun… Okay… Saya dha berkahwin… Ada seorang baby… Masalah berat badan susut ni seriusly mengganggu Fokus saya… Sbb orang luar duk body shaming je…, dlu sebelum berkahwin… Berat saya 47kg…time preggy naik 51kg…dah bersalin turun 43 kg… And now anak dah setahun lebih… Berat saya 37kg sahaja… Saya sangat risau… Hari hari tgok cermin… Nampak badan saya makin kurus dan susut… What should i do? Ubat cacing saya bru makan… Supplement… Produk gemok… Smua saya makan… Tapi… Still menemui jalan buntu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kekurangan berat badan.
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Membina otot
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Anda juga boleh whatsapp ke 0125103569 untuk mendapat maklumat mengenai supplemet yang sesuai dengan mendapat 20% diskaun dan RM20 off.
Terima kasih.