
Sulit
5 tahun
Berdebar debar, senak dada dan rasa nak pengsan
SY LELAKI BERUSIA 29 THN
BARU2 NI SY RASA BERDEBAR DEBAR, SENAK DADA…RASA SENAK MCM MASUK ANGIN DAN TERASA OMBAK PANAS MCM DISAPU MINYAK ANGIN TERUTAMA DI BAHAGIAN DADA HINGGA KE BAWAH PERUT
DI SEBABKAN TU JGK SY RASA MCM NK PENGSAN
KEADAAN NI PERNAH BERLAKU SEMINGGU SEBELUM NI DAN KALI NI JADI LG TERUK
APAKAH MASALAH YG SY ALAMI SKRG NI ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya untuk mencaapi diagnosis yang tepat, pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan perlu ditanyakan serta pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Namun begitu, secara amnya, sakit dada boleh disebabkan oleh
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.