Sulit
6 tahun
Berhenti pil perancang period tak datang
Hai doc, last period sy pd 5 July 2019 - 9 July 2019 then sy skip pil perancang yasmin sehingga kini 8.8.2019 period sy masih tk dtg. Dan sy juga mengalami tnda2 seperti senggugut, payu dara terasa bengkak sakit. Sy nak tanya adakah normal masalah seperti sy ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Setelah berhenti mengambil pil perancang Yasmin, biasanya akan mengambil masa beberapa bulan kerana badan kita sedang mempersesuaikan diri dengan perubahan level hormone dalam badan kita. Perlu diingatkan bahawa apabila puan berhenti, risiko untuk hamil itu ada.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































