Sulit
6 tahun
Bersetubuh ketika haid
sebelum bersetubuh, dua hari ada tanda coklat selepas tu hari ketiga tiada tanda period… kemudian semasa saya bersetubuh. darah keluar… adakah saya bersetubuh semasa haid ? ada kesan tak ? 
saya risau sangat .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara kesan sampingan bersetubuh sewaktu haid adalah:
- Risiko jangkitan penyakit seperti penyakit jangkitan kelamin meningkat kerana kontak antara kulit dengan darah
- Kehamilan
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































