
aqmazahanasir89
5 tahun
Bilirubin direct agak tinggi
Salam sejahtera doktor…
Saya adalah seorang wanita berusia 30tahun dan mengalami masalah berat badan yang sangat rendah sejak berumur 20 tahun (37-39 KG). Baru-baru ini saya ada menjalankan ujian darah SAFB.Keputusan mendapati bilirubin direct saya agak tinggi iaitu 5.4umol. Adakah ianya satu masalah untuk saya atau sesuatu yang normal kerana seperti yang saya lihat untuk bilirubin direct seharusnya kurang dari 5umol. Sejak saya berumur lebih kurang 20 tahun, mata putih saya kelihatan agak kuning dan tidak bersih seperti orang lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bilirubin tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang hempedu akut
- Hepatitis
- Liver cirrhosis
- Kegagalan hati
- Masalah pankreas
- Penggunaan ubat-ubatan tradisional
- Masalah sel darah merah
- Masalah limpa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.