Sulit
3 tahun
Bintik hitam di vagina
Selamat petang. Saya berusia 39 tahun. Saya mempunyai bintik2 hitam di sekitar Vagina sejak 2 tahun Lepas. Sekarang bintik Tu dah merebak sampai Di sekitar anus. Bintik Tu leper dan tidak timbul. Adakala gatal adakala tidak gatal. Adakah ini masalah serius?
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala benjolan hitam di bahagian faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Sekiranya bintik-bintik hitam itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda, ia mungkin tidak akan memudaratkan anda. Akan tetapi sekiranya tompok itu semakin membesar, sakit, gatal atau pedih, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mengajukan masalah anda itu.
Kami menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.

































