
Sulit
5 tahun
Bintik2 merah di kepala
Anak sy brusia 25 hari…skrg pd kulit kepalanya dnaikki bintik2 merah… Sblom ini pd bhgian muka… Setelah sy sapu elomet ointment pd bhgian muka dan bintik2 hilang. Tp skrg naik pd kulit kepala plk… Blh kah sy sapukn elomet ointment ni pd bhagian kulit kepala.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, ubat Elomet merupakan ubat kortikosteroid topikal. Biasanya ubat ini digunakan untuk merawat masalah keradangan dan kegatalan yang disebabkan oleh masalah kulit yang tertentu seperti:
- Eczema
- Psoriasis
- Alergi
- Ruam
Walaupun bukan semua akan mengalaminya, namun ubat ini boleh memberikan kesan sampingan seperti:
• tindak balas alergi (alahan) pada kulit
• jangkitan sekunder
• kulit menjadi nipis
• tanda-tanda merah yang berkait dengan ruam panas
• warna kulit menjadi pudar
• rasa pedih
• rasa mencucuk
• gatal-gatal
• rasa semut-semut
• pertumbuhan rambut yang berlebihan
• kulit menjadi lembut dan menampakkan tanda regang
Kesan-kesan ini lebih mudah berlaku pada bayi dan kanak-kanak kerana mereka mempunyai nisbah keluasan kulit kepada jisim badan yang lebih tinggi.
Berbalik kepada soalan anda, kami memerlukan lebih info sebelum memberi jawapan yang dikehendaki. Hal ini kerana ubat ini hanya boleh di sapu di bahagian muka atas arahan doktor. Jadi, saya menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat (jika belum) dan seterusnya mendapatkan rawatan yang seharusnya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan yang diajukan. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian atau sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih