
Sulit
3 tahun
Boleh hamil atau tidak
saya wanita berumur 21 tahun, saya telah berkahwin 4bulan. saya bersama dengan suami saya pada 20/9. saya telah datang haid pada 25/9 - 1/10. adakah saya period pada 25/9 bermaksud saya tidak hamil sebab sudah period ataupun boleh hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, setelah anda datang haid pada 25/09, ia bermaksud anda tidak hamil. Tidak datang haid adalah tanda utama untuk kehamilan. Tanda-tanda kehamilan dan gejalanya adalah seperti yang berikut:
- Tidak datang haid
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Keletihan
- Payudara rasa pedih dan membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit atau pening kepala
- Kerap membuang air kencing
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana (sakit rahim)
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita dan sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan.
Untuk meningkatkan kejayaan kehamilan, anda boleh cuba kerap bersama dengan suami anda antara minggu kedua dan ketiga selepas anda period, sebab ovulasi biasanya berlaku selepas 14 hari untuk setiap kitaran haid. Kaedah ini lebih tepat sekiranya kitaran haid anda adalah teratur.
Untuk mengesan status kehamilan, anda boleh buat UPT selepas 1 hingga 2 minggu anda tidak datang haid, ataupun jumpa doktor di klinik atau hospital kedekatan anda.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).