
khiedirzaini25
5 tahun
Boleh kena jangkitan hiv ke?
Saya ada cek kencing manis di kedai farmasi menggunakan tap jarum halus di jari. saya tak perasan sama ada dia ada tukar jarum ke tak, boleh ke kena jangkitan hiv kalau tap jarum kt jari tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda,jangkitan HIV tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah. Sekiranya orang yang diperiksa sebelum anda merupakan penghidap virus HIV, dan anda yakin jarum tidak ditukar, langkah terbaik adalah mendapatkan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda.
Bagaimanapun, tergantung kepada jenis alat, biasanya pemeriksaan dilakukan menggunakan alat single use lancet yang mana jarum tersebut tidak boleh digunakan lebih daripada sekali. Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih