Sulit
4 tahun
Breastlump atau fibroadenoma
Sy ibu menyusu yg berumur 22 thn, pd awalnya sy mengalami bengkak susu, kemudian sy mendapati terdapat ketulan pada payudara sy selepas bengkak susu tempoh hari… sy tidak mendapatkan rawatan buat masa skrg kerana sy ingin wean off apabila ank sy berusia 2thn… apakah ketulan itu blh menyebabkan kanser sekiranya tidak dirawat sekarang? Mohon bantuan dr dktr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertanyaan puan mengenai benjolan/ketulan di payudara harus mendapat pengesahan daripada doktor melalui scan dan biopsi. Antara sebab-sebab benjolan di payudara berlaku adalah :
- Ketulan susu
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma (ketulan kulit)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri merupakan ketumbuhan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































