Sulit
3 tahun
Buang air besar berdarah serta sakit
Kenapakadang2 saya buang air besar keluar darah cait metah yang banyak. Dan kadang2 sukar uuntuk buang air besar dan sakit ddi bibir dubur saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka di dubur akibat najis terlalu keras
- Buasir
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.