Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Buang air besar dan berdarah

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 31, 2019 10:11 AM

Anonymous 11 bulan

Saya berusia 19 tahun . Saya tidak mengalami apa apa penyakit sebelum ini . Tetapi saya mengalami “berak berdarah” . Darah keluar selepas najis keluar. Darah berwarna pekat dan masih fresh . Saya sangat risau. Apakah punca ? Apakah sakit yang saya alami? Dan mengapa ia terjadi ? Saya segan untuk cek di klinik kerana saya malu kalau doktor perlu cek dubur . Tapi ia masih merisaukan saya . Saya sudah mengalaminya hanya 2 hari. Apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 11 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Buasir
  • Divertikulum
  • Sembelit
  • Inflammatory bowel disease
  • Kanser usus

Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jul 31 2019 10:11:44 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Buasir dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Buasir bengkak dan berdarah Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah buasir. Saya warded selasa haritu untuk kecut kan buasir dan discharge jumaat dan akan ada appointment 20hb untuk rawatan laser. buasir saya … Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Darah semasa buang air besar Saya wanita berusia 39 tahun. Baru-baru ini saya telah membuang air besar beserta darah (seakan-akan lendir yang berdarah). Saya juga telah memeriksa warna najis dan seperti tiada kesan darah be… Baca lagi...
54 hari
Sulit
Masalah buasir luaran Saya wanita berumur 24 tahun…saya pernah mengalami berak berdarah pada umur 17 tahun… Dan ia mengakibatkan adanya satu benjolan pada tempat pembuangan najis… Pada mula nya ia keras, tetapi selep… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Berak berdarah setiap Kali berak Selalu berak berdarah dalam masa seminggu. Baru lagi berlaku.minggu ni Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Buasir luar dan pendarahan Selamat sejahtera doktor.Sata mengalami buasir luar.Semasa membuang air besar pada permulaan akan mengeluarkan darah semasa meneran.Darah akan menitik ermulaan atau akhir najis keluar.Sekarang r… Baca lagi...
37 minit
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi