Sulit
2 tahun
Buasir sy bengkak dan keluar air selepas membuang air besar
Sy mengalami masalah buasir sudah 13 tahun selepaa melahirkan ank pertama… bermacam ubat dan suplement telah sy ambil tp buasir saya tidak sembuh sehingga sekarang… masalah yang berlaku sekarang ialah selepas siap membuang air besar seperti ada cecair yang keluar dan sy merasa sgt2 tidak selesa… apa yang perlu saya buat yer doktor… sblm ni ada doktor suggest utk sy buat pembedahan…
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit yang terdapat pada kawasan dubur anda disertai dengan pengeluaran cecair boleh disebabkan:
- Jangkitan virus atau bakteria pada kelamin
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, hpv, dll.)
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
Atau gangguan saluran pencernaan seperti:
- Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal prolapse
- Rectal polyp
- Angin pasang (baca: hernia)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah yang lebih tepat haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.