Sulit
3 tahun
Buat swab test rtk ag result negatif perlu kuarantin tak
Rabu lps kwn 1 opis disahkn positif covid…jd secara x lgsg sy adlh contact rapat…kedudukn di opis jarak lbih 1 meter dan tmpt tbuka yg luas…tapi kami afa bersembg dlm jarak kurg 1 meter dlm keadaan memakai face mask…jumaat lps dh buat swab test rtk ag result adlh negatif. Mgu dpn sy sudah diarahkn utk masuk opis…adkh sy patut dikuarantin…adkh sy patut pergi ke pkd bdekatan utk maklimkan perkara ini…kwn sy sudah di hntar ke pusat kuarantin tapi pihak kkm tidak meminta senarai contact rapat dr kwn sy
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Jika anda adalah kontak rapat, kami yakin PKD akan menghubungi anda jika perlu dikuarantin. Sekiranya anda mempunyai gejala, sila berhubung dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.
Namun begitu, kami sarankan anda untuk melakukan ujian saringan kedua untuk memastikan anda tidak dijangkiti COVID-19. Anda juga dinasihatkan untuk memantau keadaan anda pada masa ini dan menghubungi pihak kesihatan dengan segera sekiranya anda mengalami gejala dan keadaan semakin teruk.
Anda perlu kuarantinkan diri sekiranya diarahkan oleh pihak kesihatan. Tempoh kuarantin adalah di antara 10 ke 14 hari dan tempoh kuarantin anda tamat sekiranya swab kedua menunjukkan keputusan negatif.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini