Sulit
4 tahun
Buat upt 3, dapat result yg berbeza dan Sakit pada ari-ari selama 4 hari
hi. saya ada buat upt sebanyak 3 kali.
utk yg pertama, invalid.
utk yg kedua, negative.
utk yg ketiga, positive.
knp mcm tu eh? sdgkan saya buat ikut arahan yg betul.
selepas tu, saya mengalami sakit pada ari-ari almost 4 hari. dan kadang2 sakit tu melampau sangat til saya takleh rest secukupnya. sakit tu macam tengah senggugut. apa tanda2 sakit ari2 ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kepelbagaian hasil UPT tersebut boleh terjadi akibat konsentrasi air kencing yang berubah-ubah ataupun akibat daripada kadar hormon beta hCG yang masih terlalu sedikit. Memandangkan ujian ke-3 sudah positif, maka kemungkinan besar ujian seterusnya akan mendapatkan hasil positif oleh kerana kadar konsentrasi hormon beta hCG akan meningkat selari dengan usia kehamilan.
Mengenai sakit ari-ari, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- keguguran
- jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
Untuk itu, sila dapatkan keterangan lanjut dengan merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.