
Sulit
4 tahun
Burning penis and testicles
Area zakar dan testicle rasa panas dan perasaan sakit. Sudah jumpa dan dibagi ubat antibiotik pun tidak bantu.Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti tidak baik. Apa yang berlaku, boleh doktor bant

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam saluran kencing
- Radang prostat (prostatitis)
- Jangkitan pada kawasan kemaluan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar tanpa pemeriksaan dan maklumat lanjut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.