Sulit
4 tahun
Cadangan hospital yang paling bagus untuk pembedahan tonsil
Anak saya berumur 14 tahun mempunyai tonsils pada kiri dan kanan dan belakang hidung menyebabkan dia tidur berdengkur, kerap berkalih tidur dan meniarap ketika tidur. Tapi dia karang demam dan tiada masalah selera makan dgn berat 86kg tinggi 163. Apakah perlu pembedahan tonsil di buat untuk mengatasi dengkuran atau saluran nafas d hidung yg sempit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terlebih dahulu harus difahami bahawa tonsil mempunyai peranan dalam membantu tubuh melawan jangkitan. Mereka berfungsi dengan menjebak bakteria dan virus yang masuk melalui tekak. Akan tetapi, bagi sesetengah orang, bahagian ini terlalu sensitif sehingga mereka bekerja berterusan sampai membesar.
Seandainya puan memilih untuk tidak melakukan pembedahan, perlu dipertimbangkan juga risiko-risiko yang mungkin terjadi apabila tonsil membesar tersebut tidak dibuang, seperti:
- Tonsil kekal besar. Hal ini kerana, apabila terjadi keradangan berterusan, lama-lama tonsil tersebut tidak mengecil
- Masalah tidur kerana sukar bernafas dengan lancar akibat sumbatan oleh tonsil
- Masalah jantung dan paru-paru, seperti hipertensi pulmonari atau pembesaran jantung
- Masalah di sekolah seperti sukar fokus dan masalah tingkah laku, akibat tidur yang tidak lena
- Kerap terkena jangkitan
Yang terbaik adalah puan berbincang pros dan cons pembedahan tersebut dengan doktor anak anda agar mendapatkan gambaran jelas sebelum membuat keputusan. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.