
Sulit
3 tahun
Cara makan pil perancang untuk kali pertama
Hi doc ! Im 23yrs old . I baru saja berkahwin dan ada planning untuk merancang keluarga oleh kerana i masih belum bersedia dan masih belajar . I bercadang untuk ‘bersama’ suami pada awal bulan hadapan. Bagaimanakah cara untuk i mulakan consume pil tersebut ? Dan apakah yang patut saya lakukan jika saya sudah terlupa untuk makan pil pada hari first day period ? Dan pada pandangan doc pil perancang yang manakah terbaik ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang bertujuan untuk mengelakkan anda dari mengandung. Anda boleh mengambil ubat tersebut jika anda terdedah dengan aktiviti seksual dan tidak mahu mengandung. Ubat ini boleh didapati dari farmasi tanpa preskripsi doktor.
Selain itu, anda harus mengambil ubat ini setiap hari mengikut arahan yang terdapat pada produk tersebut. Hal ini kerana, ada pil yang mengandungi 28 biji pil yang harus diambil tanpa henti dan ada yang mengandungi 21 biji dengan 7 hari rehat. Anda disarankan untuk mengambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari. Untuk 7 hari pertama anda mengambil ubat ini, anda harus mengamalkan kaedan kontraseptif yang lain seperti kondom sebelum ubat ini berkesan.
Secara amnya, haid anda akan datang dalam sekitar 3 hari selepas anda memakan 21 pil. Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa.
Sekiranya anda terlupa mengambil pil, langkah-langkah berikut harus dipatuhi:
Jika lewat 12 jam memakan pil, pil masih berkesan untuk mencegah hamil. Makan pil tersebut sebaik sahaja ingat dan pil seterusnya harus dimakan pada waktu yang biasa.
Jika lewat melebihi 12 jam, keberkesanan pil mungkin dikurangkan. Sekiranya banyak tablet yang lupa diambil berturut-turut, risiko menjadi hamil menjadi semakin tinggi.
Jika lebih dari satu pil lupa dimakan, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor.
Jika satu pil pada minggu 1 lupa dimakan, makan pil yang dilupakan sebaik sahaja teringat walaupun perlu makan 2 tablet sekali gus. Untuk 7 hari selepas itu, gunakanlah kondom atau kaedah tambahan untuk mencegah kehamilan.
Jika satu pil pada minggu 2 lupa dimakan, makan pil yang dilupakan tersebut sebaik sahaja teringat. Anda tidak perlu menggunakan kaedah tambahan kerana keberkesana pil masih sama.
Jika satu pil pada minggu 3 lupa dimakan, anda boleh makan pil yang dilupakan segera. Selepas habis papan pil ini, janganlah memberikan 7 hari rehat tetapi sebaliknya mulakan papan ubat yang baru selepas itu. Hal ini bermaksud anda tidak akan mengalami haid pada bulan tersebut. Selain itu, anda juga boleh terus berhenti makan pil dari papan tersebut dan berehat 7 hari, kemudian mulakan papan yang baru.
Sekiranya anda mengalami sakit muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk dalam masa 3-4 jam selepas makan pil perancang ini, anda haruslah menggunakan kaedah tambahan ataupun ikuti nasihat di atas.
Sekiranya anda mengambil ubat lain, contohnya ubat antibiotik, rawatan herba, ubat rawatan HIV dan sebagainya, ubat tersebut mungkin akan menghalang keberkesanan pil perancang ini. Oleh itu, apa-apa ubatan lain termasuklah ubat tradisional yang diambil haruslah diberitahu kepada doktor atau ahli farmasi supaya mereka boleh menilai sama ada anda memerlukan kaedah pencegahan hamil tambahan.
Untuk pil perancang yang terbaik pula, anda boleh klik link ini untuk membeli pil anda. Terdapat banyak jenis pil perancang mengikuti kehendak masing masing.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan