
Sulit
5 tahun
Cara menghilangkan ketagih kafein adekah ubat2 yg sesuai diambil?
Saya ketagih kafein sudah agak lama cara macam mane nak hilangkan tanpa rase sakit kepala atau lesu ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pengambilan kafein secara berlebihan boleh membawa simptom-simptom berikut:
- Jantung berdebar
- Sakit kepala
- Insomnia
- Cirit-birit
- Kehausan
- Sakit dada
- Pergerakan otot tidak terkawal
- Masalah ritma jantung
Buat masa ini, tiada rawatan perubatan yang ada bagi mengurangkan ketagihan kafein. Sebagai alternatif, pengurangan pengambilan kafein secara berperingkat boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kesan sampingan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.