
Sulit
5 tahun
Cara nak kira kitaran haid bg masalah kitaran haid tak teratur
hi dr sye nk tnye… sye ada masalah period tak teratur dari bulan 12 tahun lepas… mcm mne ye nk kira kitaran haid bg yg ada masalah mcm sye ni?
tarikh sye period
3/12/2019-22/1/2020
4/2/2020 - 8/3/2020

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Kitaran haid anda bermula dari hari pertama anda datang haid. Sebagai contoh, kita ambil tarikh 3/12/2019. Satu kitaran haid yang lengkap bermakna hari pertama haid yang sebelumnya ke hari pertama haid yang seterusnya. Oleh itu, dari 3/12/2019 sehingga 4/2/2020, terdapat 64 hari dalam kitaran haid anda. Anggaran hari anda datang haid pula ialah 34-51 hari. Melihat kiraan di sini, anda mengalami pendarahan haid yang berpanjangan. Masalah ini boleh disebabkan oleh:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (serviks)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Sindrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.