
Sulit
3 tahun
Cara yang betul makan pil perancang utk 21
Saya baru berkahwin dalam bulan 3 then kami plan untuk saya makan pil perancang. but saya punya period memang tak teratur dari dulu dan saya kurang faham cara untuk ambik pil perancang dgn betul.saya dah beli pil perancang yg 21 minipill.doc boleh terangkan cara yang betul utk makan pil dgn keadaan period sy tak teratur? waktu yang bila sesuai? adakah period saya akan jadi lebih tak teratur kalau sy ambik pil? kalau stop pil lepastu ambik balik macam mana? tentang kesan dia ? Terima kasih doc .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai metode perancangan keluarga
Bagi menggantikan metode perancangan keluarga, harus diketahui bahawa pil perancang dijual secara strip. 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga harus membaca maklumat yang disertakan dengan pek perancang ini untuk mengetahui info lebih lanjut tentang penggunaan pil ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.